9 Jun 2015


Biarpun dengan status sebagai selebriti popular, pasangan suami isteri ternama dunia, Angelina Jolie dan Brad Pitt juga tidak mengelak untuk menjadi dan menjalani kehidupan seperti rakyat biasa.

Jelas dapat dilihat pasangan ini mahu anak-anak mereka merasakan sendiri bagaimakah hidup menjadi orang biasa apabila mereka anak-beranak dilaporkan telah bersama-sama penumpang kelas ekonomi yang lain ketika dalam penerbangan daripada Paris ke Nice.

Pada hujung minggu lalu, sebaik sahaja tiba di Paris dari Los Angeles anak beranak ini telah ditemui di dalam sebuah penerbangan Air France dan terbang hanya dalam kelas ekonomi. Suami isteri yang masing-masing 51 dan 40 tahun itu ditemani kesemua anak mereka Maddox, 13, Pax, 11, Zahara, 10, Shiloh,9, Knox dan Vivienne, 6 beriringan menuju dan duduk di bahagian hadapan pesawat tersebut.

Bukan sahaja itu, tanpa bantuan sesiapa Brad dan Angelina turut mengangkat sendiri dan menyimpan bagasi yang dibawa naik seperti mana penumpang lain manakala anak-anak mereka bersiap-siap untuk terbang ke lokasi peranginan di Cote d'Azur.

Khabarnya sebelum menyertai para penumpang lain yang menggunakan khidmat pesawat yang sama, keluarga besar ini turut sama menanti waktu berlepas selama dua jam bersama-sama di lapangan terbang Charles de Gaulle.

Setelah tiba di Nice, keluarga pasangan popular ini telah dijemput oleh kakitangan Air France dimana masing-masing dilihat menjinjit beg sebelum mereka semua menaiki sebuah van besar yang dikatakan membawa mereka ke lokasi kegemaran Bradgelina iaitu  Château Miraval di perkampungan Correns
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!