30 Jun 2015


Ramadan kali ini adalah tahun keempat penyanyi, pelakon dan pengacara Marsha Milan Londoh, 30, berpuasa secara konsisten.

Dia tetap seronok menjalani ibadah itu terutama ketika bersahur dan berbuka.

Apa yang dilakukan itu seolah-olah memberi petanda bekas bintang Akademi Fantasia musim ketiga ini bakal memeluk agama Islam. Lebih-lebih lagi dia kini menjalin hubungan dengan jejaka Melayu berusia 28 tahun berasal dari Pulau Pinang.

“Saya berpuasa sebab menghormati kawan beragama Islam. Sejak menjadi artis dan berpindah ke Kuala Lumpur, saya dikelilingi rakan beragama Islam dan itu antara faktor saya berpuasa. Jadi apa yang saya lakukan sekadar memahami, lalui dan hormati,” katanya.

Bercerita mengenai hubungan dengan kekasihnya, Marsha berkata, mereka belum ada perancangan untuk berkahwin.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!