18 Jun 2015


Suami kepada pelakon terkenal Zizie Ezette, Datuk Bung Mokhtar Raden tampil mempertahankan kehormatan isteri serta keluarganya serta meluahkan kemarahan terhadap sekumpulan wanita yang menceroboh rumahnya dengan membawa sepanduk dan melempar pelbagai tuduhan dan hinaan.

Ahli Parlimen Kinabatangan ini telah secara spontan dikatakan mengamuk di dalam Dewan Rakyat sehingga mengeluarkan perkataan ‘bastard’ apabila mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang berhimpun bersama 30 wanita lain di perkarangan rumahnya, Rabu, semalam.

 “Saya ingin memaklumkan sekumpulan wanita telah dihantar oleh Ahli Parlimen Ampang menceroboh rumah saya. Membawa sepanduk dengan pelbagai tuduhan dan hinaan dengan jeritan reformasi dan sebagainya.

“Laporan polis telah dibuat tetapi Dewan ini, apa-apa kita selesai di sini, jangan biadap. Nasib saya tidak ada, kalau saya ada mungkin ada yang mati di situ. Jangan cabar saya,” katanya dalam nada tegas sambil disindir ahli dewan lain.

Bung Mokhtar turut membidas pertanyaan  Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian yang bertanya apakah masalah yang timbul ekoran perhimpuan tersebut.

“Masalah dia penceroboh, and you shut up! Bastard. Kalau laki-laki, jantan, keluar kau. Ini melibatkan maruah dan nyawa keluarga saya. Ancaman ini tidak baik. Ini perbuatan biadap oleh Ahli Parlimen Ampang,” katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Bung Mokhtar menjelaskan, tindakan tidak bertamadun kumpulan wanita itu telah menimbulkan ketakutan terhadap keluarganya.

Katanya, Zuraida tidak sepatutnya menjadikan teguran di dalam dewan sebagai isu peribadi, bahkan pihak Dewan telah menolak usul supaya beliau dikenakan tindakan tatatertib.

 “Saya hanya menegur, jika dia (Zuraida) agresif di rumah, suami YB menderita. Kalau tidak betul, means nothing.

“Isteri PM boleh pula dia marah, kita kutuk, dia marah,” ujarnya di sidang media usai sesi perbentangan parlimen, Rabu , semalam.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!