10 Jun 2015


SINGAPURA: Atlet Filipina, Eric Cray mencipta kejutan apabila muncul sebagai pelari terpantas pada temasya Sukan SEA kali ini, selepas mendominasi acara 100 meter (m) yang berakhir di sini, sebentar tadi. 

Pelari kelahiran Olangapo dan berusia 26 tahun itu, mencatatkan masa 10.25 saat di Stadium Nasional untuk merampas gelaran berkenaan dari pemenang terdahulu dari Thailand, Jirapong Meenapra yang hanya mampu menduduki tempat kelima pada kali ini. Pingat perak dan gangsa pula milik pelari Indonesia, Yaspi Boby dan Iswandi yang mencatatkan masa 10.45 saat. 

"Saya hanya cuba untuk berlari sebaik mungkin... saya tidak fikir saya mempunyai permulaan yang terbaik. Tetapi saya hanya gembira dengan kemenangan ini," kata Cray selepas acara berkenaan. 

Kacukan Filipina-Amerika itu pada Mei lalu menjadi atlet Filipina pertama layak ke Sukan Olimpik Rio pada 2016, selepas melepasi kelayakan masa 49.40 saat untuk larian 400 meter lari berpagar lelaki di Kejohanan Olahraga Jemputan Cayman.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!