17 Jun 2015


CHINA. Seorang doktor melecur 30 peratus di bahagian muka dan badan selepas salah seorang pesakit yang marah menyimbah petrol dan cuba untuk membakarnya.

Insiden itu berlaku sekitar jam 8.40 pagi di Jabatan Radiologi First Affiliated Hospital at Gaungxi Medical University.

Pesakit kanser yang dikenali sebagai Wang dilihat membawa botol kecil petrol dan kemudian terus menyimbahnya ke muka doktor tersebut sebelum menyalakan api.

Polis tempatan tiba di hospital sejurus selepas kejadian itu dilaporkan dan berjaya menahan suspek.

Menurut laporan Tencent News, siasatan lanjut insiden sedang dijalankan.

Mei lalu, tiga orang doktor dikelar oleh pesakit di sebuah hospital di Shanghai.

Salah seorang pakar berkata, kebayakan konflik pesakit dan doktor biasanya melibatkan pakar ortopedik, ginekologi dan obstetrik.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!