8 Jun 2015


FELIXIA Yeap atau nama Islamnya Raisyyah Rania Yeap mengesahkan dirinya sudah bernikah pagi kelmarin melalui laman sosial miliknya.

"Ia sebuah majlis yang sangat ringkas. Alhamdulillah dan saya turut menyolek sendiri wajah semasa bernikah," tulisnya di laman Instagram.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan selebriti itu.

Bagaimanapun, identiti suaminya itu tidak didedahkan.

Tinjauan di laman Instagram miliknya, Felexia turut dilihat berkongsi gambar menu sarapan sambil menampakkan secara samar identiti suaminya.

"Hari pertama bersama dan untuk selamanya. Alhamdulillah atas segalanya. Terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami. Jazakallah," tulisnya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!