6 Jun 2015


KUALA LUMPUR - Satu gegaran bermagnitud 6.0 melanda kawasan Ranau, Sabah jam 7.15 pagi Jumaat. Gegaran dikesan 19 km barat laut Ranau, kira-kira 54 km dari bandar Kota Kinabalu.

Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional dalam kenyataan berkata gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Pusat gempa tersebut terletak 16 km barat laut Ranau.

Jurucakap pusat tersebut ketika dihubungi berkata tiada lagi gempa bumi dilaporkan, sehingga berita ini ditulis.

Ia turut menyebut, Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati beberapa netizens berkongsi gambar kerosakan harta benda selain memuat naik status akibat gegaran tersebut.

SUMBER: Astro AWANI
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!