6 Jun 2015


BUKIT JELUTONG, 5 JUN 2015: Dengan sekali lafaz pengacara dan pelakon, Hanis Zalikha, 24, akhirnya selamat bernikah dengan pelakon Hairul Azreen, 27, di kediaman pengantin perempuan di sini kira-kira jam 3.50 petang tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapanya, Zainal Rashid Mohd Zain serta disaksikan imam dua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Mohd Syuhud Razali.

Pada majlis pernikahan itu, Hairul menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan sebentuk cincin manakala wang hantarannya sebanyak RM91,019.90



Hanis turut menerima sebelas dulang hantaran manakala Hairul turut menerima sebelas dulang hantaran daripada aktres itu.

Hanis yang terus menitiskan air mata sebaik sahaja diijabkabulkan itu berkata bersyukur kerana semuanya dipermudahkan.

"Alhamdulillah akhirnya kami sah bergelar suami isteri dan segalanya berjalan dengan lancar,"katanya.

Pada majlis itu, seramai 200 tetamu hadir menyaksikan pernikahan termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Antara artis yang hadir adalah Yasmin Hani, Datin Nina Jurin, Diana Danielle, Sari Yanti dan ramai lagi.




0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!