11 Jun 2015


AHMEDABAD – Sebuah dewan bandar raya di barat India merancang membayar warga kota supaya menggunakan tandas awam selepas terdesak untuk menghentikan orang ramai daripada membuang air kecil dan besar di tempat awam.

Perbadanan Dewan­ Bandar Raya Ahme­dabad (AMC) memutuskan untuk membayar orang awam 1 rupee (5 sen) untuk setiap kunjungan dalam usaha memancing mereka menggunakan 300 tandas awam yang disediakan dan tidak lagi membuang air kecil pada dinding bangunan.

Pegawai kesihatan AMC, Bhavikk Joshi berkata, tawaran itu akan dilaksanakan di 67 tandas awam di seluruh Ahmedabad yang merupakan bandar utama negeri Gujarat, barat India.

“Sekiranya berjaya, projek ini akan dilaksanakan di semua 300 tandas di Ahmedabad,” kata Bhavikk.

Langkah itu merupakan usaha terbaru untuk menggalakkan rakyat India menggunakan tandas selepas pengumuman kempen kebersihan yang diterajui Perdana Menteri, Narendra Modi pada tahun lalu.

“Idea projek ini adalah untuk menghalang pembuangan najis di tempat awam di beberapa bahagian di bandar raya ini di mana orang ramai masih membuang air besar secara terbuka walaupun terdapat kemudahan tandas awam,” kata pengerusi jawatankuasa AMC, Pravin Patel.

Dalam pada itu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan hampir 594 juta orang atau separuh populasi India masih membuang air di tempat terbuka.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!