4 Jun 2015


New Delhi hari ini mengharamkan penjualan mi segera Maggi selepas pemeriksaan keselamatan menemukan kandungan plumbum tinggi melebihi paras yang dibenarkan pada produk itu di dua buah negeri, dalam satu kebimbangan keselamatan makanan yang semakin meningkat di India.

Menteri Kesihatan New Delhi, Satyendra Jain berkata, snek kegemaran ramai itu diharamkan selama 15 hari bagi memberi Nestle India masa yang mencukupi untuk menarik semula dan menggantikan puluhan ribu paket mi yang dijual di seluruh kedai di bandar raya ini.

“Kami mengharamkan penjualan mi Maggi selama 15 hari. Dalam tempoh itu, syarikat sepatutnya menarik semula semua bekalan sedia ada dan menggantikannya dengan stok baharu yang menepati standard pemeriksaan dan prosedur,’’ katanya.

Kedai-kedai menggerakkan langkah sukarela mengeluarkan produk mi Maggi dari premis mereka hari ini selepas pegawai memaklumkan terdapat kandungan plumbum me­lebihi paras yang dibenarkan di Delhi dan negeri utara India, Uttar Pradesh.

Peruncit terbesar di India, Future Group menjelaskan, paket mi Maggi sedang dikeluarkan daripada 500 kedainya ‘sebagai langkah berjaga-jaga’ sehingga keputusan ujian yang dilaksanakan di seluruh negara diketahui.

Saham Nestle India, anak syarikat gergasi Nestle yang beribu pejabat di Switzerland, jatuh lebih 11 peratus ketika didagangkan di Bursa Saham Bombay sebelum ditutup hanya lebih 9 peratus berikutan kontroversi itu.

Nestle bagaimapaun tidak dapat dihubungi bagi mengulas lanjut perkembangan tersebut.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!