9 Jun 2015


IRAQ. Kumpulan militan IS melarang import dan jualan produk dari Iran di bawah sekatan baharu yang dikenakan ke atas bandar Ramadi selepas ibu kota wilayah Anbar tersebut berada di bawah cengkaman mereka sejak 17 Mei lalu.

Media sosial turut memaparkan salinan perintah tersebut yang dikeluarkan oleh gabenor IS di bandar terbabit.

Menurut Press TV, hubungan ekonomi antara kedua-dua negara tersebut semakin meruncing sejak kebangkitan IS di rantau terbabit hingga menyebabkan Iran menggantikan Turki sebagai rakan perdagangan terbesar mereka yang baharu.

Sebelum ini, Baghdad turut menamatkan hubungan perdagangan dengan Ankara selepas IS didakwa menjual minyak mentah kepada peniaga dari negara itu dengan harga lebih rendah.

Hasil siasatan pihak berkuasa juga mendapati kegiatan penyeludupan minyak ke Turki turut berlaku dan tindakan tersebut dikatakan telah melanggar perjanjian perdagangan bersama antara kedua-dua negara terbabit.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!