4 Jun 2015


THAILAND. Leftenan Jeneral, Manus Kongpan, semalam menafikan tuduhan bahawa beliau terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia.

Jurucakap pihak berkuasa memaklumkan, Manus, 58, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Diraja Thai di ibu negara selepas kira-kira 84 waran tangkap dikeluarkan susulan pembongkaran kegiatan tidak bertanggungjawab yang didakwa semakin berleluasa di negara itu.

"Setakat ini, sebanyak 52 tangkapan telah dibuat," katanya.

Difahamkan melalui laporan Reuters, Manus adalah pegawai kanan paling tinggi yang didakwa di bawah operasi besar-besaran tersebut selepas namanya turut ditemui di dalam buku rekod yang dirampas daripada salah seorang suspek sindiket tersebut.

Isnin lalu, Ketua Tentera, Udomdej Sitabutr menggantung Manus daripada sebarang tugas rasmi dan berikrar tidak akan campur tangan dalam proses siasatan serta sistem kehakiman di negara itu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!