16 Jun 2015


Zhejiang: Seorang lelaki berusia 48 tahun yang cuba melemaskan dirinya dalam usaha untuk membunuh diri di sungai di sini membatalkan hasratnya kerana air sungai itu terlalu kotor.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Liu memberitahu polis, dia mengalami kerugian besar dalam perniagaannya, menyebabkan dia mengambil keputusan membunuh diri.

Dia terjun ke Sungai Yiwu kelmarin. Sebaik berada dalam sungai itu, dia kesal dengan keputusannya kerana air sungai itu terlalu kotor dan busuk, sebelum dia cuba berenang ke tebing.

Bagaimanapun, bukan senang untuk dia berbuat demikian kerana arus deras sungai itu, diburukkan pula dengan hujan lebat.

Dia berjaya mengapungkan dirinya ketika dihanyutkan ke hulu sungai. Mujur ada orang melihatnya sebelum menelefon polis.

Dia memberitahu pasukan perubatan: “Saya tidak jadi bunuh diri kerana air sungai itu busuk dan kotor. Saya juga tidak akan cuba lagi untuk bunuh diri.”

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!