18 Jun 2015


Kota Bharu: Penyanyi dikir barat moden Kelantan yang dikenali sebagai Kajol hanya mampu menangis apabila Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000.

Hakim Syarie Mohd Anwan Abdul Muttalib menjatuhkan hukuman itu terhadap Kajol atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Jeffri, 29, selepas dia mengaku salah terhadap tuduhan berlagak dan berpakaian seperti wanita ketika ditahan di sebuah hotel, di sini, kelmarin.

Turut dikenakan hukuman sama adalah rakannya, Mohamad Hasbullah Md Sabi, 23, manakala tujuh lagi tertuduh yang didakwa atas kesalahan serupa dikenakan denda RM1,000 setiap seorang.

Mengikut fakta kes, Kajol sudah melakukan kesalahan itu empat kali sejak 2010 manakala Mohamad Hasbullah pula kesalahan ketiga sejak 2011.

Ia kesalahan pertama bagi tujuh tertuduh lain iaitu Mohd Nasrul Akmal Mohd Anuar Musardar, 31, Zulkifli Yusof, 39, Wan Mohammad Ariffin Wan Osman, 22, Muhamad Syahrul Nizam Rosli, 21, Syahrul Azree Yusoff, 22, Mohamad Azim Samsuddin, 25, dan Muhamad Faizal Mohd Nasir, 23.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!