11 Jun 2015


Madrid: Seorang matador dirodok di kemaluannya di depan ribuan penonton dalam pesta laga lembu di sini.

Marco Galan mengambil bahagian dalam pesta berkenaan di Plaza de Toros de Las Ventasm, gelanggang laga lembu terbesar di Sepanyol, Ahad lalu.

Rakaman video menunjukkan Galan membenamkan dua tombak kecil pada belakang lembu berkenaan sebelum haiwan itu menanduknya, menyebabkan lelaki itu terpelanting.

Rodokan tanduk kiri itu terkena kemaluan Galan. Sebaik dia jatuh, lembu itu menyerangnya lagi. Kali ini, tanduk kanannya menembusi jaket lelaki itu dan dia diheret haiwan berkenaan, menyebabkan matador lain meluru ke dalam gelanggang untuk membantu Galan.

Galan dirakam berjalan keluar dalam keadaan berdarah pada seluarnya.

Akhbar El Mundo melaporkan: “Kantung zakar Galan koyak. Dia menjalani pembedahan di arena itu sebelum dipindahkan ke hospital.”

Galan ialah bandarerillero yang tugasnya menikam banderilla, tombak kecil, pada belakang lembu sambil berlari sehampir mungkin dengan haiwan berkenaan untuk mempamerkan keberanian.

Lembu yang merodok Galan akhirnya mati.

Festival berkenaan ditangguhkan tahun lalu, buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun selepas tiga matador dirodok.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!