24 Jun 2015


London: Seorang pemuda terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk melepaskan dirinya daripada kunci basikal yang dipakikan pada lehernya selepas keluar berseronok bersama rakan-rakan.

Lelaki berusia 20-an itu dibawa ke balai bomba Coventry oleh ibunya yang berang dengan gurauan rakan mangsa yang menguncikan alat berkenaan pada lehernya ketika dia tertidur.

Malangnya, anak kunci berkenaan hilang menyebabkan mereka tidak dapat membukanya.

Lelaki itu menghabiskan tiga jam cuba menanggalkan sendiri kunci basikal itu sebelum ibunya bertindak membawanya ke balai bomba.

Lebih malang lagi peralatan di balai bomba itu tidak cukup kuat untuk memotong keluli berkenaan menyebabkan mereka terpaksa mencari alat pengisar sudut, 19 kilometer dari situ.

Anggota bomba, Brin Mills berkata: “Kami terpaksa mendapatkan bantuan pasukan penyelamat teknikal untuk datang ke sini dari Bickenhill. “

Menurutnya, mereka pada mulanya cuba membuka kunci itu menggunakan pemotong hidraulik kecil, namun kunci basikal itu menyebabkan alat berkenaan rosak.

Mereka kemudian cuba menggunakan alat lebih besar, tetapi ia juga rosak menyebabkan pasukan dari Bickenhill terpaksa dipanggil.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!