26 Jun 2015


KUCHING: Seorang lelaki ditahan selepas menceroboh kediaman Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Sudarsono Osman, di Jalan Bako di sini, tengah hari semalam. 

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, suspek yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dikatakan memanjat pagar rumah dalam keadaan berbogel. 

Dia kemudiannya bertindak memecahkan cermin dua kereta milik mangsa yang diletakkan di pekarangan rumah. Suspek kemudiannya berjaya ditangkap tukang kebun yang bekerja di rumah mangsa, sebelum polis dihubungi untuk tindakan lanjut. Jurucakap polis berkata, suspek yang dipercayai mengalami masalah mental itu akan direman, esok.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!