25 Jun 2015


Uganda: Seorang bekas tukang kasut yang digelar lelaki paling hodoh di Uganda menyambut kelahiran anaknya yang kelapan, kelmarin.

Godfrey Baguma, 47, memiliki wajah yang hodoh akibat penyakit ganjil, menyambut kelahiran bayi perempuan hasil hubungan dengan isteri keduanya, Kate Namanda, 30.

Baguma memenangi gelaran lelaki paling hodoh di Uganda pada 2002, selepas menyertai pertandingan itu yang menawarkan sejumlah wang.

Dia sebelum ini mempunyai dua anak hasil perkahwinan pertamanya, tetapi rumah tangga mereka berakhir selepas isterinya curang.

Baguma memberitahu dia berjaya menawan hati Kate selepas mereka tinggal bersama selama empat tahun di lokasi yang tidak diketahui keluarga wanita itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!