23 Jun 2015


Seorang juruterbang tidak menyangka sekeping gambarnya yang diambil bersama sebuah jet pejuang, tersebar meluas di Internet, selepas pengguna laman sosial Twitter menyamakannya dengan hero filem Top Gun iaitu Tom Cruise.

Mail Online melaporkan, gambar juruterbang dari Pakistan, Yaser Mudasser dibandingkan dengan watak Pete ‘Maverick’ Mitchell lakonan Cruise dalam filem yang diterbitkan pada tahun 1985.

Yaser berkata, agak melucukan apabila gambarnya yang diambil ketika Pameran Udara Paris (PFA) itu tersebar secara meluas.

“Ini satu situasi yang agak melucukan. Saya sama sekali tidak pernah terfikir untuk menerima perhatian seperti ini selepas terlalu sibuk bekerja.

“Saya sangat berbangga kerana diberi kesempatan untuk memandu jet pejuang JF-17 di ruang udara Paris. Ini adalah satu penghormatan kepada saya,” jelasnya.

Seorang pengguna laman sosial Twitter yang dikenali sebagai Abbas Nasir dalam statusnya berkata, PFA melakukan strategi yang baik dengan mengundang klon Tom Cruise itu yang telah melakukan 600 penerbangan dengan jet tempur JF-17.

“Yaser Mudasser sangat tampan,” kata seorang lagi pengguna laman sosial yang dikenali sebagai Arushi Prasad.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!