9 Jun 2015


IA mungkin boleh dianggap sebagai mangkuk tandas paling mahal di dunia kerana permukaan tersebut bertatahkan 72,000 berlian Swarovski yang berharga 84,000 pound (RM480,700).

Mangkuk tandas ini direka oleh seorang pereka Jepun, Ginza Tanaka dan mengambil masa sebulan untuk disiapkan lapor The Mirror.

Keunikan dan kemewahan yang ditampilkan pada objek tersebut turut menarik perhatian pengunjung Ekspo Dapur & Bilik Mandi Antarabangsa China pada minggu lalu.

Pada tahun lalu, sebuah bilik mandi dilengkapi tandas, sinki dan tab mandi yang dihasilkan daripada salutan coklat yang mengandungi kira-kira sembilan juta kalori.

Rekaan unik tersebut dianggarkan berharga 80,000 pound (RM460,000). 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!