22 Jun 2015


Mumbai: Sekurang-kurangnya 94 penduduk sebuah kawasan setinggan di bandar raya ini mati selepas minum arak buatan sendiri.

Polis berkata, lebih 45 lagi dirawat di hospital dalam bencana terbaru yang membabitkan arak buatan sendiri.

Setakat ini pilis menangkap lima orang yang disyaki bertanggungjawab dalam kejadian di kawasan barat Mumbai itu sejak ia bermula Rabu lalu.

“Lebih 150 orang minum arak itu. Angka kematian mungkin meningkat,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Mumbai Dhananjay Kulkarni.

Menurutnya, lapan anggota polis digantung tugas kerana cuai sehingga menyebabkan kejadian itu.

Arak buatan sendiri biasanya menggunakan methanol beracun dan amat popular dalam kalangan penduduk miskin di India kerana harganya murah.
Lebih 140 orang terbunuh di Benggala Barat pada 2011 selepas minum arak buatan sendiri.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!