22 Jun 2015


Singapura - Lebih 50 anggota Parlimen dan aktivis bukan Islam dilaporkan turut menjalani ibadah berpuasa bersama-sama penduduk Islam di kawasan Parlimen Sembawang GRC sempena pelancaran Bazar Hari Raya Sembawang GRC, di sini semalam.

Menteri Pembangunan Nasional Singapura, Khaw Boon Wan yang juga anggota Parlimen Sembawang GRC berkata: ‘‘Saya diminta bangun pada pukul 4.30 pagi untuk bersahur. Jadi, malam tadi saya tidak dapat tidur nyenyak.

“Saya telah berjaga pada pukul 3.30 pagi dan kemudian bersahur, dan selepas itu saya tidak makan sehingga waktu berbuka,” katanya.

Ini merupakan tahun ke-14 bazar itu dibuka.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, bazar itu diadakan bertujuan untuk memenuhi keperluan penduduk Islam di Sembawang semasa bulan Ramadan dan Hari Raya.

Namun, pada tahun ini, satu usaha khas diadakan bagi mengisi Tabung Pembinaan Masjid Yusof Ishak, termasuk menderma hasil jualan sayur-sayuran dan melancarkan kutipan derma.

Penganjur berharap dapat me­ngumpul S$100,000 (RM280,000) bagi membantu membiayai dana untuk pembinaan masjid berkenaan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!