16 Jun 2015


Putera Sweden, Carl Philip, mengahwini bekas bintang realiti televisyen yang juga bekas model separuh bogel, Sofia Hellqvist, 30, dalam majlis penuh gemilang di Istana Diraja Stockholm, hujung minggu lalu.

Putera Carl, 36, ialah pewaris ketiga takhta Sweden selepas kakaknya, Puteri Mahkota Victoria dan anak perempuan kakaknya, Puteri Estelle, 3.

Pasangan itu bertemu pertama kali di sebuah restoran pada 2010 dan sejak hubungan mereka diketahui umum, media Sweden melaporkan banyak kisah silam Sofia, termasuk bergambar separuh bogel untuk majalah lelaki pada 2004. Setahun kemudian dia muncul dalam rancangan realiti TV Sweden, Paradise Hotel.

Kira-kira 500 tetamu menghadiri majlis perkahwinan mereka dan kerabat diraja, termasuk Puteri Takamado dari Jepun dan Putera Edward dari Britain.

Pasangan itu kemudian diarak dengan kereta kuda melalui bandar raya Stockholm sambil melambai kepada orang ramai.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!