12 Jun 2015


Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini beranggapan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud selepas parti sekutunya, PAS memutuskan tahaluf siyasi atau hubungan politik dengan DAP pada Muktamar tahunannya, Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Ahli Parlimen Gelang Patah itu mempersoalkan tindakan PAS yang mahu merujuk usul itu ke Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat untuk dikaji.

Katanya, berdasarkan perlembagaan parti itu, khususnya Perkara 7, ia menyatakan bahawa Muktamar PAS adalah badan pembuat keputusan tertinggi dalam parti selagi tidak melanggar hukum yang terkandung dalam Quran dan Sunnah.

"Saya tidak sedar bahawa Jawatankuasa PAS Pusat boleh membatalkan Muktamar, yang akan menjadi percanggahan dalam terma yang melanggar Perlembagaan PAS menetapkan bahawa Muktamar adalah badan pembuat keputusan tertinggi PAS.

"Peruntukan mana di dalam Perlembagaan PAS yang memberi Jawatankuasa PAS Pusat kuasa untuk membatalkan Muktamar?" soalnya dalam kenyataan itu.

Katanya adalah tidak masuk akal untuk menentukan siapa yang bertanggungjawab sekiranya Muktamar tersebut melanggar hukum Islam, sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau seluruh kepimpinan ulama.

Malah, katanya, tindakan Muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP sememangnya dimaksudkan untuk berkuatkuasa serta-merta, dan tidak ada klausa yang kelayakan ianya dibawa untuk dikaji oleh Majlis Syura atau jawatankuasa pusat.

Jesteru, Kit Siang berkata beliau bersetuju dengan pandangan beberapa Ahli Parlimen PAS bahawa keputusan Muktamar itu adalah muktamad dan tidak timbul sama ada soal resolusi tersebut melanggar hukum Islam.

Sabtu lalu, Muktamar Tahunan PAS ke-61 telah meluluskan usul yang dibawa Dewan Ulama PAS pusat tanpa dibahas bagi memutuskan hubungan dengan DAP susulan beberapa kenyataan pimpinan parti itu terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama dalam isu hudud.

Bagaimanapun usul berkenaan mahu PAS mengekalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang bersama PKR.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!