23 Jun 2015


Ahli Majlis Tertinggi MIC, P Kamalanathan mendakwa Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel sering membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan yang telah dipersetujui dalam sebarang perbincangan termasuk dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sebagai pemimpin parti dalam komponen BN, kita harus mengambil perkara yang dapat menyelesaikan masalah.

"Saya sedar perkara ini (krisis MIC) telah beberapa kali dibincangkan dan dipersetujui oleh Datuk Seri Subramaniam dan juga Datuk Seri G Palanivel.Tapi setiap kali dipersetujui, pada keesokannya, beliau akan membuat kenyataan yang bertentangan," katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya, Palanivel perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku dalam parti.

"Saya pasti Perdana Menteri pun kecewa dan bagi saya mengaitkan Perdana Menteri dalam isu ini tidak rasional sama sekali.

"Sebagai bekas Presiden MIC, beliau bertanggungjawab atas segala kekecohan yang sedang berlaku dalam parti ini," katanya.

Mengulas mengenai desakan ahli pada Perhimpunan Khas MIC semalam agar Palanivel dipecat dari Kabinet, Kamalanathan berkata, semuanya terletak pada tangan Najib.

"Dalam aspek parti, beliau tidak menjadi ahli parti lagi, tapi harus kita ambil maklum bahawa ada juga beberapa ahli kabinet yang tidak mewakili mana-mana parti.

"Mereka dilantik atas keupayaan dan kewibawaan mereka untuk membantu kerajaan. Jadi, itu bukan keutamaan. Terserah kepada kebijaksanaan Perdana Menteri," katanya.

Sementara Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan berkata, Najib terlalu baik pada Palanivel namun dibalas dengan dakwaan sedemikian rupa.

"Jika saya berada di tempat beliau (Najib) dah lama saya pecat G Palanivel. Tidak patut salahkan perdana menteri. Jika orang lain dah lama kena pecat.

"Tidak patut dia buat begitu kerana PM terlalu baik dengan beliau. Terlalu baik sehingga tidak berbuat apa-apa tindakan. Kalau orang lain, contohnya saya, dah lama Palanivel kena pecat. Perdana menteri tak pernah campur hal MIC. Kita pun risau bila PM tak mahu campur," katanya.

Sabtu lalu, Palanivel dilaporkan dalam ucapannya pada Perhimpunan Khas MIC di PWTC menyalahkan Najib kerana menyebelahi Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang membatalkan pemilihan parti itu pada 2013.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!