24 Jun 2015


Pengarah Bollywood, Mahmood Farooqui ditahan oleh pihak polis New Delhi, atas kesalahan merogol wanita berusia 30 tahun.   

Kejadian itu berlaku kira-kira 3 bulan yang lalu di mana mangsa yang tidak didedahkan namanya adalah pelajar PHD yang sedang membuat kajian penyelidikan berkaitan dengan kursus yang diambil.

Menurut pegawai polis, Farooqui membantu wanita tersebut untuk menyelesaikan tugasannya sehingga mengenali keluarganya antara satu sama lain.

“Ketika kejadian, mangsa telah dijemput oleh tertuduh untuk menghadiri sebuah majlis rasmi di Sukhdev Vihar bersama dua orang yang lain termasuk wartawan.

“Bagaimanapun setelah tetamu lain pulang, tertuduh menyuruh mangsa menemaninya sehingga isterinya pulang, sementara menunggu mangsa dikatakan telah digoda dan dirogol,” katanya.

Kes disiasat di bawah Sekyen 164 CrPC di akan di bicarakan di Mahkamah Majistret India.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!