10 Jun 2015


Permohonan Lim Guan Eng supaya kes saman fitnah terhadapnya yang difailkan oleh dua Ketua UMNO Bahagian Pulau Pinang dan sebuah syarikat pemaju hartanah, Maison Heights Sdn. Bhd. (Maison) berhubung dakwaan penjualan tanah orang Melayu di negeri itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk dibicarakan, ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam Datuk Abu Bakar Mohd. Sidek yang mewakili syarikat pemaju itu dan dua Ketua UMNO Bahagian tersebut memberitahu pemberita, Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu di kamar hakim hari ini.

Saman tersebut difailkan pada 30 Januari lalu oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar selaku plaintif kedua dan ketiga serta Maison selaku plaintif pertama.

Selain Guan Eng, pihak plaintif menamakan TMI Dot Com Sdn. Bhd., selaku pemilik dan penerbit The Malaysian Insider; Editor, Jahabar Sadiq, Mkini Dotcom Sdn. Bhd. dan Steven Gan sebagai defendan pertama hingga kelima.

Pada Mac lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu memohon supaya kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk dibicarakan atas alasan, saksi-saksi yang terlibat dan tanah yang dipersoalkan itu, melibatkan negeri tersebut.

Hakim Vazeer Alam menetapkan 22 Jun ini bagi pengurusan kes saman itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!