10 Jun 2015


PORT DICKSON – Tindakan sekumpulan muda-mudi menyewa sebuah rumah inap desa di daerah ini untuk mengadakan pesta liar sambil melepaskan gian memakan diri apabila mereka ditahan selepas premis di Batu 2 di sini itu diserbu polis kelmarin.

Operasi pada pukul 2 petang itu dilakukan oleh sepasukan polis dari bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson selepas menerima aduan daripada orang awam mengenai bunyi bising di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, semasa diserbu, mereka yang terdiri daripada 11 lelaki dan empat wanita berusia 18 hingga 34 tahun itu sedang leka menari dengan iringan muzik yang kuat.

“Sebahagian daripada mereka dalam keadaan khayal dipercayai mengambil dadah. Pemeriksaan lanjut, kita turut menemui sejumlah ketulan mampat disyaki ganja, tin minuman keras dan alat pembesar suara,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!