18 Jun 2015


SINGAPURA - Warga Singapura dilaporkan berebut-rebut untuk menukar wang Dollar Singapura (SGD) ke mata wang Ringgit Malaysia (RM) dan telah menyebabkan kaunter pengurup wang kehabisan stok.

"Kami tidak dapat memenuhi permintaan untuk RM dan terpaksa mengusir beberapa pelanggan yang masih cuba mendapatkannya," kata pengurup wang Raffles  Place, R Tang, 46.

Laporan Yahoo News menyebut, Tang juga meletakkan nota 'Kehabisan Ringgit' di kedainya, Jumaat lepas. 

Sementara itu, M.M Shariff Traders di The Arcade pula membuat pengumuman: 'Tiada lagi Ringgit!'. 

Difahamkan, keadaan ringgit pada nilai paling rendah menyebabkan sesetengah rakyat Singapura yang ingin bercuti berebut-rebut menukar nota RM.

Sehingga Selasa, 16 Jun, kebanyakan pengurup wang menjual RM pada 2.78 kepada SGD.

Tinjauan di Collyer Quaq, The Trade juga mendapati tiga pusat pengurup wang kehabisan stok RM manakala yang lain memberitahu stok semakin susut.

"(Keadaan) ini sangat bagus untuk kami, tiba-tiba semuanya menjadi murah. Tepung susu sangat mahal di sini (Singapura), menjadikan perjalanan ke Malaysia adalah berbaloi," kata eksekutif pemasaran, Julie Yeo, 37.

"Simpan (RM) sekarang, boleh guna kemudian," kata pesara, Tan Kok Keng, 69.

"Saya tidak pernah lihat nilai RM sangat rendah. Bayangkan, tidak lama dahulu, RM2 bersamaan dengan SGD1," katanya Kok Keng lagi.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!