8 Jun 2015


CHINA. Pengerusi sebuah syarikat pembangunan permainan video Online China sanggup menghabiskan $2.3 juta (RM8.8juta) hanya untuk makan tengah hari bersama jutawan Warren Buffet.

Peluang makan tengah hari bersama jutawan itu diperoleh melalui satu bidaan amal yang dianjurkan Glide Foundation iaitu sebuah badan amal di San Francisco yang menyediakan makanan, rawatan kesihatan, pemulihan dan beberapa perkhidmatan lain kepada golongan miskin dan gelandangan.

Menurut laporan Shanghai Daily, persatuan itu berkata, Zhu Ye, Pengerusi Dalian Zeus Entertainment Co memenangi bidaan tertinggi daripada 79 bidaan yang dihantar di laman Ebay.

Sementara itu, Buffet yang juga Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hatahawal berkata, semasa makan tengah hari itu, dia akan bercakap mengenai apa sahaja termasuk kehidupan namun tidak akan bercakap mengenai urusan jual beli.

"Setiap tahun, ia adalah pengalaman menarik. Saya telah bertemu dengan ramai orang yang hebat dan menambah kenalan baru," katanya.

Pada tahun 2011, Zhao Danyang, pengurus dana pelaburan dari Hong Kong, menghabiskan $ 2.1juta (RM 7.89juta)  pada lelongan Glide Foundation untuk mendapatkan keistimewaan yang sama.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!