7 Jun 2015


Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin menolak cadangan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah agar seseorang perdana menteri dipilih secara terus oleh pengundi.

Memetik laporan www.malaysiakini.comMalaysia Kini, Kadir menyatakan perlembagaan negara tidak membenarkan perdana menteri dipilih dengan cara itu dan ianya bukanlah satu masalah.

“Masalahnya, kita ada Najib Razak sebagai perdana menteri, yang tidak mahu meletak jawatan kerana percaya beliau masih mendapat sokongan majoriti,” ujar Kadir.

Beliau turut berkata Najib sama sekali tidak dibenarkan meletak jawatan oleh orang sekelilingnya.

“Najib tidak akan dibenarkan untuk menyerah dan meletak jawatan terutama isterinya,” kata Kadir.

Dalam tulisan di blog kadirjasin.blogspot.com itu, Kadir juga menjelaskan bahawa Tengku Razaleigh tidak bermaksud bahawa pemilihan perdana menteri itu mengikut cara sebuah negara republik.

Beliau juga memberi peringatan kepada pihak yang mengulas isu tersebut supaya berhati-hati kerana ia boleh menyentuh ruang hasutan.

Mengikut konvensyen, perdana menteri Malaysia dilantik dari kalangan MP yang mendapat kepercayaan ahli Dewan.

Pelantikan itu dibuat oleh ketua negara, Yang di-Pertuan Agong Malaysia atas perkenaan baginda.

Kredit gambar: MALAYSIAN CHRONICLE
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!