9 Jun 2015


Karier lakonan aktor muda, Varun Dhawan, 28, akhirnya mua menyinar apabila dia terpilih untuk menggantikan tempat pelakon terkenal, Salman Khan dalam filem Shuddhi.

Filem arahan Karan Johar itu telah lama tertangguh. Apabila Salman berhadapan dengan masalah undang-undang, pihak produksi tidak mempunyai pilihan selain mencari pengganti untuk watak utama tersebut.

David, bapa kepada aktor Varun menyifatkan pemilihan anaknya dalam filem berprofil tinggi itu sebagai satu rahmat. Meskipun begitu, David mengakui anaknya tidak boleh menggantikan aura dan kehebatan lakonan yang dimiliki oleh Salman.

“Dia (Varun) tidak akan boleh menggantikan Salman kerana dia seorang aktor yang berkaliber dan memiliki nama besar. Varun hanya seperti adiknya. Salman juga sayangkan dia,” kata David.

Pada bulan lalu, Karan mengesahkan terdapat rombakan besar-besaran dalam filem terbaharunya itu. Sebelum ini teraju utama filem Shuddhi diberi kepada aktor Hrithik Roshan dan aktres Kareena Kapoor.

Bagaimanapun, disebabkan beberapa masalah, watak utama telah bertukar tangan kepada aktor Salman Khan dan aktres Alia Bhatt.

Selepas Karan mengumumkan watak utama diberi kepada Varun, Salman dilihat memberi kebenaran dan sokongan dengan memuat naik ucapan tahniah di akaun Twitternya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!