23 Jun 2015


SHAH ALAM – Pelbagai spekulasi yang timbul mengenai kehadiran rocker­ terkenal, Amy Search ke pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini semalam akhirnya terjawab apabila vokalis kumpulan Search itu sebenarnya menerima sijil tauliah mengendalikan sekolah agama yang diasaskannya Al-Bayan School of Quran & Hadith.

Kunjungan Amy ke pejabat JAIS di sini semalam menimbulkan pelbagai desas-desus ko­nonnya berkaitan dengan rumah tangganya.

“Saya pergi untuk ambil sijil tauliah sekolah tahfiz saya, tidak ada kaitan dengan hal rumah tangga.

“Alhamdulillah, Al-Ba­yan School of Quran & Hadith kini sudah beroperasi secara sah selepas enam bulan penubuhannya,” kata Amy.

Jelasnya lagi, beliau sudah memohon sijil tersebut sejak awal Ramadan lalu demi kemudahan pergerakan dan perancangan baharu sekolah itu.

“Saya hanya menunggu selama seminggu untuk pihak JAIS meluluskan permohonan sijil tersebut. Kini, Al-Bayan School of Quran & Hadith sudah boleh mengorak langkah dan bebas mengatur aktiviti pada masa akan datang,” katanya.

Al-Bayan School of Quran & Hadith yang diasaskan Amy bersama seorang ustaz iaitu Mohd. Bilal Mohd. Sujak telah beroperasi secara berpe­ringkat sejak Disember tahun lalu.

Mempunyai lima orang tenaga pengajar dengan Mohd. Bilal sebagai pe­ngelola dibantu dua guru tahfiz dan tiga akademik, sekolah itu sehingga kini mempunyai 18 orang pelajar lelaki yang terdiri daripada usia tujuh sehingga 15 tahun.

Amy bagaimanapun berkata, sekolah yang beroperasi di kawasan perumahan di Saujana Utama, Sungai Buloh itu tidak lagi menerima kemasukan pelajar kerana sesi kemasukan pelajar baharu hanya akan dibuka pada tahun hadapan.

Menurut vokalis berusia 57 tahun itu, tujuan beliau mengasaskan sekolah agama tersebut sebagai melunaskan impiannya sejak lima tahun lalu.

“Saya memang mempunyai hasrat untuk memiliki sekolah seumpama ini sejak beberapa tahun lalu, hanya kini baru impian tersebut terlaksana.

“Insya-Allah, ini bekal akhirat, saya harap semua pelajar di sekolah ini mampu mendapat ilmu sebaiknya,” kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Isabella itu.

Katanya, mana-mana pihak yang ingin me­nyampaikan sumbangan derma ke sekolah tahfiz berkenaan boleh berbuat demikian di akaun Bank Islam 12-168-01-002054-6 atau menghubungi terus Mohd. Bilal di talian 018-989 8591.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!