6 Jun 2015


SHAH ALAM – Sembilan lagi mayat ditemui di Gunung Kinabalu sehingga tengah hari ini, jadikan keseluruhan 11 maut akibat gempa bumi yang berlaku di Sabah, semalam.

Semalam, dua mayat telah berjaya dibawa turun dari Gunung Kinabalu dan salah seorang darinya adalah malim gunung bernama Rubbi Sapinggi, 30, manakala seorang lagi ialah wanita warga asing.

Gempa bumi yang berlaku pada 7.15 pagi di daerah Ranau itu juga menyebabkan gempa susulan di lokasi-lokasi seperti Kota Kinabalu, Tambunan, Pedalaman, Tuaran dan Kota Belud.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gegaran lemah dirasai di Ranau pada 11.13 malam dan 11.32 malam semalam.

Gegaran itu bermagnitud, masing-masing 4.3 dan 2.8 pada skala Richter.

Petugas media dan anggota lain yang berkumpul di pusat operasi ditubuhkan di Taman Kinabalu, yang menjadi pintu masuk ke gunung itu di Kundasang, dilihat bergegas lari untuk menyelamatkan diri. – BERNAMA


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!