4 Jun 2015


KUALA SELANGOR - ‎Muktamar Tahunan Pas kali ke-61 yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini hari ini dilangsungkan tanpa kehadiran bekas Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat.

Dek kerana ketiadaan kelibat Suhaizan yang tewas kepada Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz semalam, Sinar Online menghubungi beliau.

"Saya sudah sampai Johor pun. Saya ada di sini (Johor).

"Saya ada sedikit urusan di sini.. Sebab itu saya ke sini..Tak apa, sudah ada wakil Ketua Pemuda," katanya mengesahkan ketidakhadirannya kepada Sinar Online.

Persoalan siapakah yang bakal dipilih menerajui sayap Pas itu terjawab semalam apabila anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menang dengan 469 undi berbanding 262 yang memilih Suhaizan.

Suhaizan menerajui sayap pemuda Pas sejak tahun 2013.

Sementara itu, Muktamar Tahunan Pas kali ke-61 yang bermula hari ini pastinya tertumpu kepada ucapan dasar presiden dan juga pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti bagi sesi 2015-2017.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan muktamar itu pada sebelah pagi dan diikuti sesi pemilihan pada sebelah petang.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!