26 Jun 2015


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2015.

Dalam kenyataan akhbar semalam, KeTTHA memaklumkan, pengekalan tarif elektrik dalam tempoh semakan ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) itu telah dibuat oleh jemaah menteri pada mesyuaratnya kelmarin.

Berikutan itu, rebat ICPT sebanyak 2.25 sen/kWj bagi Semenanjung Malaysia dan penurunan purata kadar tarif sebanyak 1.20 sen/kWj bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dikekalkan bagi tempoh tersebut.

Ia bagi semua kategori pengguna kecuali pengguna domestik dalam lingkungan penggunaan 300/kWj dan ke bawah yang tidak terlibat dengan kenaikan tarif terakhir pada 1 Januari 2014.

Selaras dengan langkah rasionalisasi subsidi tenaga oleh kerajaan, harga gas asli berpaip di Semenanjung Malaysia juga dinaikkan sebanyak RM1.50/MMBtu iaitu kepada RM16.70/MMBtu.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!