4 Jun 2015


SEPANG: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menafikan dakwaan kejadian pesawat terhempas di Gua Musang, Kelantan seperti disebarkan di laman sosial sejak semalam. Katanya, pada ketika itu, Tentera Udara Malaysia (TUDM) sedang mengadakan latihan bersama tentera dengan Amerika Syarikat (AS). 

"Tiada kapal terbang yang terhempas seperti didakwa kerana itu cumalah latihan biasa yang dilakukan pihak tentera kita dan AS," katanya. 

Beliau merujuk kepada laporan di laman sosial dan panggilan telefon diperoleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan malam tadi mengenai individu tertentu melihat sebuah pesawat dipercayai terhempas di Rantau Manis, Gua Musang.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!