18 Jun 2015


Seorang lelaki tua yang meraih simpati pengguna media sosial negara ini apabila gambarnya memakai kostum watak kartun Winnie the Pooh ketika meminta sedekah tersebar di Internet sebenarnya mempunyai tujuh isteri dan tinggal di rumah mewah.

Lelaki itu, Suaedi, 75, mendapat simpati pengguna media sosial selepas dia mendakwa hidup sebatang kara dan menderita penyakit strok.

Kisah lelaki itu menyebabkan ramai pengguna media sosial turut mengkritik pihak berkuasa kerana tidak membantu lelaki malang berkenaan.

Selepas kisah itu tersebar, Pengarah Kebajikan Sosial dan Tenaga Kerja Sidoarjo, Husni Tamrin mengarahkan pegawainya membawa Suaedi ke hospital untuk dirawat.

Bagaimanapun, pemeriksaan doktor di hospital mendapati lelaki itu tidak sakit, sebaliknya sangat sihat.

Seorang pegawai kebajikan sosial, Dayat berkata, selepas didesak Suaedi akhirnya mengaku dia sengaja mereka cerita untuk meraih simpati.

Katanya, lelaki itu mengaku dia memperoleh pendapatan Rp500,000 (RM141) sehari dengan mengemis.

“Ketika menghantar lelaki itu pulang, kami terkejut apabila mendapati dia tinggal di rumah besar dan disambut seorang wanita muda.

“Pada mulanya Suaedi memberitahu wanita itu anaknya, tetapi selepas didesak dia akhirnya mengaku wanita itu isteri mudanya.

“Lebih mengejutkan lagi, Suaedi mendedahkan dia mempunyai tujuh isteri,” katanya.
Menurutnya, jabatan itu merancang untuk membuat laporan polis terhadap Suaedi kerana menipu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!