17 Jun 2015


Apa perasaan anda apabila melihat seorang lelaki yang bergelar bapa memakai kostum kartun Winnie The Pooh untuk menyara kehidupannya seharian. Pak Suaedi yang tinggal di Driyorejo sebatang kara. Sumber pendapatannya adalah dengan memakai kostum tersebut dan menghiburkan kanak-kanak  di hadapan mall di Surabaya.

Setiap hari dia akan sendirian naik angkut ke Sidoarjo untuk mencari nafkah di jalanan. Sudah 2 tahun Pak Suaedi di sahkan menghidap stroke dan tidak mampu membuat apa-apa. Buat seorang lelaki pada umur sebegini sepatutnya mereka duduk di rumah dan menikmati waktu-waktu lapang untuk berehat sepenuhnya.

Tetapi berlainan pula dengan pak Suaedi. Tidak ada siapa yang sanggup melihat seorang bapa berpakaian begini di usia 60 tahun. Walapau Pak Suaedi mencari wang dengan cara sebegitu, caranya sangat harus dipuji kerana dia tidak langsung mengemis ihsan daripada masyarakat.

Melihat pada beberapa gambar ini juga kelihatan Pak Suaedi sudah tidak berdaya lagi untuk berjalan apatah lagi apabila dirinya menghidap stroke. Buat mereka yang masih mempunyai bapa, jagalah bapa anda sebaiknya. Mungkin Pak Suaedi tidak mempunyai seorang pun anak. Semoga Pak Suaedi dipanjangkan umur dan masih diberi kesihatan yang baik. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!