10 Julai 2015


IRAQ: Dianggarkan sejumlah 45 pejuang militan IS maut apabila berbuka puasa dengan hidangan yang dipercayai beracun.

Memetik laporan Fox News, juadah berkenaan dihidangkan kepada 145 pejuang militan itu semasa berbuka puasa di bandar Mosul di Iraq.

Menurut jurucakap Parti Demokratik Kurdi, tidak dipastikan kematian para pejuang itu dikaitkan dengan campuran toksik terhadap makanan mahupun keracunan makan biasa.

Insiden seumpama ini bukanlah kali pertama berlaku. November tahun lalu, para pejuang revolusi menyamar sebagai tukang masak dan menyusup masuk ke salah satu kem-kem militan.

Mereka memasukkan bahan terlarang dalam makanan dengan tujuan untuk membunuh sebanyak mungkin pengganas IS.

Tentera bebas Syria memaklumkan sedozen ahli militan IS terbunuh selepas menikmati makan tengahari di kem Fath El-Sahel yang menempatkan 1,200 pejuang.

Bandar Mosul yang terletak di sempadan antara Iraq utara dan timur Syria ini mempunyai populasi melebihi satu juta penduduk. Mosul telah ditawan oleh militan IS pada Jun tahun lalu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!