14 Julai 2015


Shanghai: China akan melancarkan kempen khas bagi mengesan sumber daging beku yang diseludup sebagai sebahagian rancangan mempergiatkan usaha mengekangnya selepas ‘daging zombie’ berusia puluhan tahun ditemui bulan lalu.

Polis dan kastam akan bekerja sama untuk mengesan laluan penyeludup, dari tempat ia dikeluarkan sehingga proses penjualan bagi melindungi pengguna China dan menghalang penyebaran penyakit, kata pengawas pemakanan negara itu.

“Kami akan berusaha keras mengesan sumber dan penjual daging beku yang diseludup itu termasuk mereka yang terbabit secara tidak langsung,” kata Pentadbiran Makanan dan Dadah China (CFDA).

China adalah negara pemakan daging paling ramai di dunia dan pakar menganggarkan ratusan ribu tan daging lembu diseludup untuk memenuhi keperluan tempatan.

Jun lalu, China digemparkan dengan berita rampasan 100,000 tan daging beku diseludup bernilai kira-kira 3 bilion yuan (RM1.8 bilion).

Agensi berita Xinhua menganggarkan sebahagian daging itu berusia lebih 40 tahun.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!