28 Julai 2015


PERCAYA atau tidak, hampir semua penduduk sebuah kampung di pedalaman Nepal menjual buah pinggang mereka kerana dihimpit kemiskinan.

Amalan tersebut menjadi perkara biasa bagi penduduk di perkampungan Hokse, sehingga kampung berkenaan mendapat jolokan 'kampung buah pinggang'.

Difahamkan, 'broker organ manusia' akan datang ke kampung tersebut dan kawasan sekitarnya bagi mencari individu yang sanggup menjual buah pinggang mereka.

Biasanya, penduduk kampung dijanjikan dengan habuan lumayan dan mereka akan dibawa secara haram ke selatan India untk menjalani pembedahan lapor Oddity Central.

"Dalam tempoh 10 tahun, orang luar datang ke kampung kami untuk mencari buah pinggang. Penduduk kampung sering ditipu bawah manusia hanya perlu hidup dengan satu buah pinggang sahaja.

"Mereka juga meyakinkan kami bahawa buah pinggang yang sudah dikeluarkan akan tumbuh semula," kata Geetha, ibu kepada dua anak yang menjual buah pinggangnya pada harga AS$2,000 (RM7,631). 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!