1 Julai 2015


GREECE dilaporkan telah melepasi tarikh akhir untuk ‎menjelaskan hutang negaranya sebanyak. €1.6 bilion kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), selepas menteri zon euro enggan melanjutkan hutang atau jaminan keluar (bailout) mereka.

Tetapi para menteri itu berkata, mereka akan membincangkan cadangan saat akhir dari Greece bagi program bailout baru, lapor BBC.

Greece merupakan negara maju pertama yang gagal membayar balik pinjaman kepada IMF dan kini secara rasmi tertunggak. 

Terdapat kebimbangan bahawa keadaan ini boleh meletakkan Greece berisiko tidak lagi akan menggunakan matawang euro.

Sementara itu, IMF mengesahkan Greece gagal untuk membuat pembayaran, tidak lama selepas 22:00 GMT pada Selasa.

"Kami telah memaklumkan kepada Lembaga Eksekutif kami bahawa hutang Greece kini tertunggak dan hanya boleh menerima pembiayaan IMF hanya selepas tunggakan dijelaskan," kata jurucakap IMF, Gerry Rice.

Sebaik tarikh akhir bailout zon euro luput, Greece tidak lagi mempunyai akses kepada dana berbilion-bilion euro pada dan tidak dapat memenuhi pembayaran balik IMF itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Eurogroup dan Menteri Kewangan Belanda, Jeroen Dijsselbloem sebelum ini berkata, adalah 'gila' untuk melanjutkan bailout Greece selepas tarikh bayar balik hutang telah tamat tempoh.‎ 

Bercakap selepas panggilan persidangan dengan menteri-menteri zon euro lain, beliau berkata, permintaan Greece untuk membuat pinjaman baharu sebanyak €29.1bilion melalui program bantuan Eropah akan dipertimbangkan kemudian.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!