8 Julai 2015


Colombo: Seorang Hakim Mahkamah Agung Sri Lanka berusia 60-an ditahan hari ini, berhubung dakwaan dia melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Sarath de Abrew ditahan untuk siasatan selepas polis menerima laporan dia cuba memaksa seorang wanita berusia 39 tahun melakukan seks di pinggir Colombo dan memukul mangsa apabila wanita itu enggan.

Menurut seorang pegawai polis, hakim berkenaan dihadapkan ke mahkamah majistret dibebaskan dengan ikat jamin setengah juta rupee (RM14,400).

“Majistret mengarahkan hakim itu bekerjasama sengan Jabatan Siasatan Jenayah polis dan memberi keterangannya kerana sebelum ini dia enggan berbuat demikian,” katanya.

Penulis undang-undang Sri Lanka, Victor Ivan, berkata ia adalah kali pertama dalam sejarah Sri Lanka hakim mahkamah tertinggi ditahan.

Hakim Mahkamah Agung hanya boleh diberhentikan melalui proses yang kompleks di Parlimen.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!