14 Julai 2015


LONDON – Walaupun memiliki status superstar di negaranya, namun itu tidak menghalang penganjur kejohanan tenis Wimbledon daripada melarang juara Formula Satu dunia (F1) Britain, Lewis Hamilton daripada menonton final perseorangan lelaki di antara Novak Djokovic dan Roger Federer kelmarin, gara-gara gagal mematuhi kod etika berpakaian di Royal Box (tempat duduk orang kenamaan).

Hamilton, 30, hadir dengan memakai kemeja bercorak flora dan bertopi, namun dia tidak mengenakan sebarang kot atau bertali leher seperti yang disyaratkan untuk duduk bersama tetamu kehormat lain di Royal Box Centre Court.

“Akibat salah faham berkaitan etika berpakaian, Lewis sangat kecewa kerana terlepas peluang me­nyaksikan perlawanan final,” kata jurucakap Hamilton dalam satu kenyataan.

Jurucakap Wimbledon berkata, mereka tidak boleh membuat sebarang ulasan bagi pihak tetamu, tetapi mengesahkan, Ro­yal Box memerlukan setiap individu lelaki memakai kot, tali leher dan kasut formal.

“Kalau dia (Hamilton) tidak mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan, maka kami tidak boleh membenarkan dia masuk, namun kami tidak boleh mengeluarkan komen bagi pihak tetamu kami.

“Jika dia datang tanpa kot, tali leher atau kasut formal, dia hanya mempunyai dua pilihan...tidak dapat berada di tempat duduk yang sepatutnya atau pergi ke tempat duduk lain, yang mana kod etika berpakaian sebegitu tidak diperlukan,” kata jurucakap berkenaan.

Sehari sebelum perlawanan tersebut, Hamilton berkongsi rasa teruja kerana dijemput untuk duduk di Royal Box bersama tetamu kehormat lain, malah pemandu pasukan Mercedes itu turut memuat naik kad jemputan yang diterima di laman sosial Instagram.

Antara tetamu kenamaan yang menyaksikan perlawanan itu ialah bintang filem Britain Benedict Cumberbatch, Kate Winslet dan Hugh Grant. Turut hadir aktor Hollywood, Bradley Cooper

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!