3 Julai 2015


RIYADH – Seorang hartawan Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal akan menyum­bangkan hartanya berjumlah AS$32 bilion (RM121 bilion) untuk projek-projek kebajikan.

Sumbangan itu merupakan yang terbesar di rantau ini dengan mengikut model bantuan yang ditubuhkan oleh pengasas Microsoft, Bill Gates di Amerika Syarikat.

Menurut Alwaleed, projek itu bertujuan membina jalinan persefahaman budaya, pembangunan masyarakat, memperkasakan kaum wanita dan golongan belia, bantuan bencana alam dan mewujudkan persekitaran dunia yang bertole­ransi.

“Dana itu akan diagihkan secara teratur mengikut perancangan yang rapi sepanjang tahun-tahun akan datang dengan tiada sekatan masa sumbangan akan diberikan,” kata Alwaleed.

Beliau menambah akan mengetuai lembaga pemegang amanah bagi mengagihkan dana tersebut yang diteruskan selepas kematiannya.

Putera berusia 60 tahun itu merupakan keturunan keluarga diraja Arab Saudi dan anak saudara kepada Raja Abdullah yang meninggal dunia pada 23 Januari lepas.

Alwaleed memberitahu, beliau sudah mendermakan sebanyak AS$3.5 bilion (RM13.24 bilion) sepanjang 35 tahun lalu menerusi badan kebajikannya, Alwaleed Philanthropies.

Projek kebajikan akan diwariskan kepada dua orang anaknya, Putera Khaled dan Puteri Reem yang akan menyandang jawatan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden badan berkenaan selepas kemangkatannya.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!