3 Julai 2015


New Delhi: Perkahwinan kanak-kanak masih berleluasa di beberapa bahagian di India.

Namun gambar baru-baru ini yang menunjukkan lelaki berusia 35 tahun mengahwini budak enam tahun di Rajasthan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Ratan Lal Jat, 35, anggota majlis jawatankuasa kampungnya di Gangrar, melangsungkan perkahwinan itu 23 Jun lalu di depan lima saksi di kuil kampung berkenaan.

Polis berkata, Ratan berkahwin dengan kanak-kanak itu bagi memenuhi syarat Nara Pratha - budaya kuno tempatan.

Menurut budaya itu, setiap lelaki yang sudah berkahwin boleh menjalin hubungan sulit dengan isteri orang jika dia menyediakan pampasan berbentuk wang.

Memandangkan Ratan masih bujang, dia mengahwini budak itu supaya dia boleh menjalin hubungan dengan kekasihnya yang sudah berkahwin.

Polis berkata, mereka menahan Ratan minggu lalu atas tuduhan melanggar Akta Perkahwinan Kanak-Kanak.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!