15 Julai 2015


Inverness (Scotland): Pekerja bar lelaki di sebuah pub bertema tradisional Scotland tidak lagi memakai pakaian kebangsaan, kilt kerana tidak tahan diraba wanita yang mahu memastikan mereka ‘lelaki Scot sejati.’

Pekerja di pub Hootananny sebelum ini memakai kilt seiring dengan imej ditonjolkan premis itu, namun tidak tahan dengan gangguan seksual oleh wanita yang kerap meraba untuk melihat sama ada mereka benar-benar mematuhi budaya dengan tidak memakai seluar dalam.

Akibatnya, semua pekerja kini memakai seluar.

Pemilik Hootananny Kit Fraser berkata, perbuatan wanita terbabit adalah gangguan seksual.

“Mungkin nampak kelakar tetapi sebenarnya ia isu serius. Wanita ini tidak malu meraba di bawah kilt lelaki berkenaan.

“Bayangkan jika saya, seorang lelaki, masuk ke restoran dan meraba di bawah skirt wanita? Pasti saya diheret ke balai polis dan memang patut pun kerana perbuatan itu biadap.

“Saya memang mementingkan pelanggan, namun pekerja saya lebih penting. Saya tidak mahu memaksa mereka melakukan sesuatu yang menimbulkan rasa tak selesa,” katanya.

Menurutnya, keadaan lebih teruk pada hujung minggu apabila kumpulan besar wanita berkumpul di situ.

Seorang pekerja berkata: “Mereka mabuk dan mengelilingi kami ketika bertugas sebelum ‘melancarkan serangan.’ Mula-mula memanglah kelakar, tetapi bila keadaan sibuk ia menyusahkan kami.

“Sudahlah malu. Ketika itu juga terlintas di fikiran, apa akan berlaku sekarang? Adakah saya akan diraba atau ada gelas yang terlepas daripada tangan saya?”

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!