3 Julai 2015


KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan portal The Malaysian Insider yang bertajuk "Peningkatan kutipan zakat antara faktor Malaysia diiktiraf Fitch, kata Najib". Pejabat Perdana Menteri berkata, laporan tersebut adalah tidak tepat. 

"Di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri anjuran MAIWP pada hari ini, Perdana Menteri telah berkata bahawa antara faktor peningkatan kutipan zakat termasuklah pengenalan dasar kerajaan yang betul dan pengurusan ekonomi yang baik dengan dibantu oleh sistem pembayaran zakat tersusun. 

"Perdana Menteri juga berkata bahawa badan penarafan antarabangsa Fitch semalam telah menaiktaraf unjuran Malaysia daripada 'Negatif' kepada 'Stabil' kerana pengurusan dan kedudukan ekonomi serta kewangan negara. 

"Perdana Menteri tidak pernah berkata bahawa peningkatan kutipan zakat adalah antara faktor Malaysia diiktiraf oleh agensi penarafan Fitch," katanya dalam kenyataan yang dimuatkan dalam akaun Facebook PMO Malaysia, sebentar tadi. Pejabat Perdana Menteri kesal dengan The Malaysian Insider yang cenderung memutarbelit kenyataan Perdana Menteri dan kerajaan sehingga menimbulkan salah faham dan keresahan dalam masyarakat.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!