15 Julai 2015


Jakarta: Model majalah dewasa Indonesia, Vitalia Sesha ditahan polis ketika berpesta dadah di sebuah hotel di sini pada Sabtu lalu.

Ketua polis Metro Jaya, M Iqbal yang mengesahkan perkara itu berkata, Vitalia bersama enam rakannya ditahan di sebuah bilik hotel di Ancol.

“Benar, kami menahan Vitalia bersama enam temannya.

“Serbuan dan tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari daerah Pademangan,” katanya di sini semalam.

Ujarnya, ujian saringan air kencing mendapati tiga orang termasuk Vitalia positif dadah jenis Ecstasy.

“Semua mereka ditahan ini dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan dibebaskan dengan jaminan.

“Buat masa ini kami sedang menjalankan siasatan lanjut sebelum mendakwa semua suspek berkenaan,” jelasnya.

Sementara itu, Vitalia ketika dihubungi wartawan enggan mengulas mengenai penahanannya itu.

“Saya sedang sibuk, nanti saya akan memberi penjelasan,” katanya ringkas.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!